TAFSIR SURAH AN-NAJM BERMULA AYAT 2
Ustaz mula mengajar di
sini di Bilik 75 ini bermula hari ini 17hb April 2015
muqadimmah ustaz:
Salam buat yg nak
belajar....
Nak cari kebenaran..............
Nak kenal quran............
Nak kenal Allah..............
Ayat: 1
Bila Allah bersumpah, ia bermakna Allah nak beritahu sesuatu yg paling mustahak
Ayat : 2 :
مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَىٰ
53:2
Tafsir:
Tidak lah rakan kamu itu (nabi Muhammad saw yg kamu kenal tu) bukan lah dia sesat dan taklah dia tu lagha yakni cakap kosong.
Allah sendiri beritahu bahawa nabi kita itu tak sesat dan tak cakap kosong.
Ayat: 3 dan Ayat 4:
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
53:3
Tafsir :
Dan taklah dia nabi saw berkata hal2 ugama ikut sedap dia nak kata dan
ikut pendapat nya saja. Allah tegaskan lagi. Yaitu nabi itu cakap
benar. Tidaklah dia berkata hal2 quran melainkan dia terima wahyu yg
Allah wahyukan pd nya. Semua kata2 nabi adalah benar. Ia adalah drp
wahyu quran dan hadis nabi pula adalah wahyu kedua. Hadis yg saya
maksudkan ialah kata2 nabi dalam kitab2 hadis. Olih itu tak patut kita
membuat apa2 pindaan pd ugama Allah ini. Ia milik mutlak Allah saja.
Nabi pula penyampai perintah saja.
No comments:
Post a Comment